Kota Kinabalu: Banjir di negeri ini semakin pulih dengan penutupan enam lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah.
Menurut kemas kini Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertananan Awam (APM) Sabah setakat jam 8 pagi hari ini, hanya tiga PPS masih aktif dengan menempatkan seramai 55 mangsa.
PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol di Paitan masih menempatkan seramai 20 mangsa terdiri daripada empat ketua isi rumah (KIR).
Sementara itu dua PPS di Telupid iaitu Dewan Kampung Maau serta Masjid Kampung Gana Jati masing-masing menempatkan 20 dan 15 mangsa banjir.
PPS yang sudah ditutup membabitkan Dewan SMK Segeliud di Sandakan sekali gus menunjukkan banjir di daerah itu sudah pulih sepenuhnya.
Sebuah PPS di Dewan Kampung Sungai-Sungai di Paitan dan PPS di Dewan Kampung Bakong-Bakong, Dewan Kampung Rancangan Nangoh, Dewan Kampung Bambangan serta Dewan Kampung Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Sapi di Telupid turut ditutup petang semalam.
Kenyataan itu turut memaklumkan trend keseluruhan keadaan banjir di Sabah sedang menurun.
-Deasoka