Alhamdulillah, adik Saiful Ihsan ditemui selamat

Alhamdulillah, adik Saiful Ihsan ditemui selamat

Tuaran: Alhamdulillah, akhirnya kanak-kanak autisme berusia lapan tahun yang dilaporkan hilang petang tadi, ditemui selamat.

Saiful Ihsan Zahari ditemui dalam semak kira-kira 500 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB) pada jam 9.42 malam tadi.

Difahamkan, Saiful ditemukan oleh pasukan bomba dan penduduk kampung sebaik menerima laporan daripada orang awam mengatakan terdengar suara kanak-kanak menangis.

Sebaik ditemui, Saiful gembira dan beberapa video yang tular turut memaparkan kegembiraan memeluk ibunya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, Saiful dijumpai dalam keadaan selamat oleh orang awam bersama pasukan bomba jam 9.42 malam di kawasan Gayang Seafood, di sini.

Katanya, kanak-kanak terbabit kemudian diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Tuaran untuk pemeriksaan lanjut

“Sebaik kanak-kanak terbabit ditemukan operasi ditamatkan pada 10 malam tadi,” katanya.

Terdahulu, Saiful Ihsan Zahari disedari hilang kira-kira jam 5 petang tadi oleh ahli keluarganya sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

Operasi pencarian membabitkan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penduduk kampung.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|