Pitas: Keadaan banjir di daerah ini dilihat kian pulih selepas dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup tengah hari semalam.
Dua PPS berkenaan adalah Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas ll dan Dewan SK Rukom.
Jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di PPS sehingga jam 9 pagi hari ini menurun kepada 559 orang membabitkan 183 keluarga berbanding 583 mangsa daripada 190 keluarga setakat jam 5 petang semalam.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah menyatakan PPS Dewan Kampung Sinukab kekal merekodkan seramai 510 mangsa banjir meliputi 170 keluarga.
“Seramai 49 mangsa melibatkan 13 keluarga lagi masih berada di PPS Kampung Kusilad.
“Bagaimanapun, kita mengingatkan penduduk sekitar agar sentiasa berwaspada.
“Selain itu, kita juga menasihatkan supaya penduduk peka dengan perkembangan keadaan cuaca semasa berikutan ia tidak menentu ketika ini,” katanya.
-Deasoka