51 mangsa banjir di Membakut dipindahkan ke PPS

51 mangsa banjir di Membakut dipindahkan ke PPS

Membakut: Seramai 51 mangsa banjir daripada 19 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan DSP Mohd DUN Banir, malam ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) memaklumkan PPS itu, yang dibuka pada 10.30 malam, menempatkan mangsa banjir dari Membakut.

Seramai 51 mangsa banjir di Membakut dipindahkan ke PPS Dewan Mohd DUN Banir.

Katanya, hujan yang berterusan sejak kelmarin, pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Beaufort membuat pemantauan di kawasan hosport banjir bagi daerah Membakut dan Beaufort.

“Terdapat dua lokasi yang terjejas banjir di Membakut iaitu Kampung Brunei dan Kampung Kayai manakala di Beaufort tidak ada.

Anggota APM memindahkan mangsa banjir di Membakut ke PPS Dewan Mohd DUN Banir.

“Seramai 51 mangsa daripada 19 keluarga ditempatkan di PPS Dewan DSP Mohd DUN Banir.

“Pecahan mangsa iaitu 18 lelaki dewasa 13 wanita dewasa, 10 kanak-kanak lelaki, lima kanak-kanak perempuan dan empat bayi lelaki serta seorang bayi perempuan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Cuaca hujan lebat di daerah Tenom, Isnin lalu mengakibatkan paras air Sungai Membakut berada pada tahap amaran dengan bacaan 6.69 atas min aras laut (AMSL) setakat jam 9 malam tadi.

Sementara itu, seramai 96 mangsa banjir masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Penampang dan Putatan.

Dua PPS dibuka Putatan dan Penampang iaitu di Dewan Kebudayaan Penampang dan Dewan PPR Sri Keramat bagi menempatkan keseluruhan 93 mangsa membabitkan 29 keluarga.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|