504 dipindahkan di dua PPS

504 dipindahkan di dua PPS

Kota Marudu: Mangsa banjir di daerah ini meningkat kepada 504 dan setakat ini sudah ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).

Jurucakap Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) berkata, kesemuan mangsa banjir ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek.

Keadaan di PPS Dewan SK Teritipan, Kota Marudu yang dibuka untuk mangsa banjir.

“Jumlah keseluruhan mangsa adalah seramai 504 orang terdiri daripada 167 ketua isi rumah (KIR) termasuk dari Kampung Beliajung.

“Di PPS Dewan SK Teritipan menempatkan seramai 251 mangsa membabitkan 70 KIR manakala di PPS Dewan SMK Tandek menempatkan 253 mangsa daripada 97 KIR,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, hujan berterusan sejak awal pagi semalam menyebabkan enam kampung dinaiki air dan banjir gelombang kedua diisytiharkan di daerah ini.

Setakat jam 8.45 malam tadi, dilaporkan seramai 236 mangsa banjir di pindahkan ke PPS SK Teritipan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|