Mangsa banjir meningkat 236 orang dipindahkan

Mangsa banjir meningkat 236 orang dipindahkan

Kota Marudu: Mangsa banjir di daerah ini meningkat dari 73 kepada 236 orang setakat jam 8.45 malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Daerah Kota Marudu, Rayner Saimon berkata, semua mangsa terbabit dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan.

Keadaan di PPS Dewan SK Teritipan, Kota Marudu yang dibuka untuk mangsa banjir.

“Mangsa banjir dipindahkan bertambah ketika ini kepada 236 orang yang terdiri daripada 64 keluarga.

“Semua mangsa terbabit dari Kampung
Beliajung selepas kampung mereka dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak awal pagi tadi,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Teedahulu, dua PPS di daerah ini dibuka selepas diisytiharkan banjir gelombang kedua berlaku.

Sebanyak enam kampung terjejas bagaimanapun mangsa yang dipindahkan ketika ini hanya melibatkan penduduk dari Kampung Beliajung.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|