500 rumah atas air musnah kebakaran di Tawau

500 rumah atas air musnah kebakaran di Tawau

Tawau: Kira-kira 500 rumah atas air di Kampung Kurnia Jaya, Jalan Apas di sini, musnah dalam kebakaran, pada petang tadi.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Kebakaran memusnahkan kira-kira 500 rumah atas air di Kampung Kurnia Jaya, Jalan Apas, Tawau.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.45 petang.

Katanya, seramai 49 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau dikejar ke lokasi dengan dibantu BBP Semporna dan pasukan Bomba Komuniti Kampung Kitingan.

“Kebakaran membabitkan kira-kira 500 rumah jenis tidak kekal dan sehingga kini, pasukan bomba masih melakukan operasi mengawal serta memadam kebakaran menggunakan sumber air terbuka.

“Tiada mangsa dilaporkan cedera atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|