362 tahanan Rohingya ditahan semula

362 tahanan Rohingya ditahan semula

Putrajaya: Seramai 528 tahanan etnik Rohingya dilaporkan melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dalam kenyataan media, hari ini memaklumkan kejadian itu berlaku jam 4.30 pagi.

Katanya, semua tahanan terbabit melarikan diri selepas memecahkan pintu blok dan grill penghadang.

“Susulan itu, pegawai-pegawai bertugas telah mengaktifkan prosedur operasi standard (SOP) dengan menghubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan bagi mendapatkan bantuan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, gerakan mencari dan menangkap tahanan yang melarikan diri sedang giat dijalankan dengan kerjasama PDRM, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan orang ramai.

“Sehingga jam 10 pagi tadi, seramai 362 tahanan telah berjaya ditangkap semula. Gerakan mencari baki tahanan yang lain sedamg dijalankan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lokasi tahanan yang melarikan diri ini diminta memaklumkan kepada pihak JIM dan PDRM,” jelasnya

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|