3 hari hilang di hutan, warga emas ditemui selamat bersama anjingnya

3 hari hilang di hutan, warga emas ditemui selamat bersama anjingnya

Tambunan: Seorang wanita warga emas yang hilang sejak tiga hari lalu, ditemui selamat, di sebuah ladang kelapa sawit bersama seekor anjing yang dikatakan sering menemaninya setiap kali keluar mencari hasil hutan, hari ini.

Mangsa, Bibia Angkangon, 63, ditemui dalam keadaan baik dan selamat tanpa sebarang kecederaan kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya, jam 2.20 petang tadi.

Mangsa ditemui selepas oleh pasukan mencari di kawasan kebun kelapa sawit iaitu kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya.

Sebelum ini, kehilangan mangsa hanya disedari apabila dia tidak pulang ke rumahnya dan berikutan itu satu laporan kepada pasukan bomba dan penyelamat untuk melancarkan gerakan mencari dan menyelamat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sebaik menerima panggilan maklumat, lima anggota dengan sebuah kenderaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan dikerah mencari mangsa.

Mangsa dalam keadaan baik dan selamat ketika ditemui pasukan mencari.

Katanya, operasi pencarian dijalankan bermula jam 8 pagi tadi di kawasan hutan dan pesisir sungai berhampiran.

“Pada jam 2.20 petang, mangsa ditemui di kawasan kebun kelapa sawit oleh pasukan bomba bersama polis, RELA, dan orang kampung.

“Mangsa ditemui dalam keadaan baik dan selamat kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa seterusnya dibawa ke hospital bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan lanjut.

Katanya, operasi pencarian ditamatkan sepenuhnya jam 3 petang tadi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|