2 mangsa dikhuatiri lemas ditemui

2 mangsa dikhuatiri lemas ditemui

Tawau: Dua daripada tiga mangsa dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki karam di perairan Kampung Batu Payung, petang semalam, sudah ditemui.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen.

Bagaimanapun, beliau berkata, maklumat lengkap berhubung penemuan dua mangsa itu akan menyusul sebentar lagi.

“Untuk makluman awal dua mangsa sudah ditemukan dan maklumat terkini akan dikemaskini sebentar lagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, bot yang dinaiki sembilan sekeluarga karam ketika dalam perjalanan ke Kampung Batu Payung.

Dalam kejadian itu, Saiful Muhaimin, 14, bersama dua adiknya Adam, 13 dan Saina, 12, dikhuatiri lemas manakala enam lagi sempat diselamatkan penduduk kampung.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|