Warga asing ditahan, curi kulit kayu tangar

Warga asing ditahan, curi kulit kayu tangar

Kota Kinabalu: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas dipercayai menceroboh hutan simpan dan mengambil kulit kayu tangar, dalam kejadian di Sungai Sugut, Paitan, di sini, semalam.

Dalam operasi jam 4 petang itu, Pasukan Op Bersepadu Khazanah (OBK) menjalankan operasi itu turut berjaya merampas 4,000 kilogram kulit kayu tangar.

Operasi ‘Op Bersepadu Khazanah’ itu terdiri dari Pasukan Gerakan Am yang menjalankan operasi bersama anggota Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, ketika pemantauan dilakukan, pasukan operasi mengesan lima khemah yang dipercayai menjadi tempat tinggal penceroboh hutan.

Katanya, hasil pemerikdaam lanjut mendapati kawasan berkenaan menjalankan kegiatan menceroboh dan mencuri kulit kayu tangar.

“Seorang lelaki berusia 38 tahun ditahan selepas disyaki terbabit dalam kesalhan hutan mengikut Enakmen Hutan 1968 dan Peraturan-Peelraturan Hutan 1969.

“Semua barang rampasan dan individu yang ditahan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Abduh berkata, semua 4,000 kilogram kulit kayu tangar yang dirampas dianggarkan bernilai RM52,000 berdasarkan harga pasaran semasa.

Katanya, empat khemah sementara yang diserbu juga dimusnahkan oleh pihak Jabatan Perhutanan Sabah.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|