Wanita ditahan tipu guna kuih tradisional

Wanita ditahan tipu guna kuih tradisional

Beaufort: Seorang wanita berusia 43 tahun ditahan selepas dipercayai menipu dengan berselindung disebalik penjualan kuih tradisional.

Wanita terbabit ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Beaufort kira-kira jam 7 malam semalam apabila satu laporan polis dibuat selepas menyedari menjadi mangsa penipuan.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, siasatan awal mendapati, suspek menawarkan mangsa untuk membuat 10,000 balang kuih dengan harga RM58 sekilogram.

Katanya, mangsa yang berminat dengan tawaran itu kemudiannya memindahkan wang secara berperingkat sehingga jumlah keseluruhan sebanyak RM13,610.

“Wang berkenaan dikatakan untuk digunakan bagi pembelian bahan membuat kuih dan balang.

“Namun sehingga laporan dibuat bahan-bahan kuih dan balang masih belum diterima oleh mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Yusoff Zaki berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.

“Suspek akan dipohon reman hari ini di Mahkamah Beaufort,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|