Wanita berusia 22 tahun disyaki edar dadah ditahan

Wanita berusia 22 tahun disyaki edar dadah ditahan

Labuan: Seorang wanita ditahan kerana disyaki terbabit dalam pengedaran dadah di tepi jalan kawasan Kampung Sungai Bedaun, di sini, semalam.

Wanita tempat berusia 22 tahun ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan, ketika menjalankan Ops Tapis, jam 3.20 petang.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Ahmad Jawila berkata, pemeriksaan ke atas wanita menemui bekas tin berisi dadah jenis syabu.

“Ketika pemeriksaan, wanita itu sendiri mengeluarkan bekas tin berisi 11 keratan straw berisi serbuk kristal disyaki dadah syabu daripada poket bahagian hadapan seluar yang dipakainya.

“Berat syabu dianggarkan 5.62 gram dengan nilai pasaran semasa RM500,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Ahmad berkata, ujian air kencing ke atas suspek bagaimanapun didapati negatif.

“Suspek direman selamat 4 hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Sabit kesalahan penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih lima tahun serta sebatan tidak kurang tiga sebatan dan tidak lebih sembilan sebatan jika sabit kesalahan,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|