Tun Sakaran dalam keadaan baik – Nasir

Tun Sakaran dalam keadaan baik – Nasir

Kota Kinabalu: Bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai yang sebelum ini dilaporkan ditahan akibat jangkitan Covid-19 di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Gleneagle, di sini, kini dalam keadaan yang baik tetapi memerlukan pemantauan rapi.

Perkara itu dimaklumkan anaknya, Datuk Nasir Sakaran, berikutan berita mengenai ayahnya yang dimasukkan ke ICU tersebar di media sosial dan portal berita sejak tengah hari tadi.

Katanya, Tun Sakaran dimasukkan ke hospital pada Rabu minggu lalu kerana disyaki dijangkiti virus Covid-19.

“Keadaannya stabil ketika dimasukkan ke hospital dan baru kelmarin (semalam) dimasukkan ke ICU atas sebab doktor kata perlu berada di ICU supaya dapat dikawal dengan baik dan rapi.

“Kami anak-anaknya ada berhubung dengan Tun melalui panggilan video bertanyakan kesihatannya.

“Alhamdulillah, responnya baik, beliau dalam keadaan baik dan makanpun seperti biasa,” katanya.

Nasir berkata dalam panggilan video terbaharunya hari ini, Tun Sakaran memohon doa supaya kesihatannya bertambah baik.

Tengah hari tadi, cucu Tun Sakaran yang juga anak Nasir, Ahmad Marzuki Nasir ada berkongsi keadaan datuknya di laman Facebook beliau yang dimasukkan di ICU akibat jangkitan Covid-19.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|