Tujuh ekor burung Murai Batu dirampas

Tujuh ekor burung Murai Batu dirampas

Lahad Datu: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas tujuh ekor burung Murai Batu dalam operasi Op Bersepadu Khazanah (OBK) di sempadan Hutan Simpan Tabin, di Ladang Sungai Silabukan, di sini, semalam.

Operasi jam 4 petang itu dijalankan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 17 Lahad Datu bersama Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, ketika rondaan dijalankan, pihaknya mengesan burung dalam sangkar yang tergantung di halaman rumah berkenaan.

Katanya, pasukan operasi terus membuat pemeriksaan dan mendapati pemilik burung terbabit tidak memiliki permit yang sah.

“Haiwan ini dikelaskan dalam binatang yang dilindungi dalam jadual kelas ke 2 Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.

“Semua haiwan berkenaan dirampas dan dibawa balik ke Pejabat Hidupan Liar Tabin untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Abduh berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Jadual 2 Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997

-Deasoka

Share

Written by:

1,665 Posts

View All Posts
Follow Me :
error: Content is protected !!