Agong terima peletakan jawatan Muhyiddin

Agong terima peletakan jawatan Muhyiddin

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menerima peletakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan seluruh jemaah menterinya berkuat kuasa serta merta.

Melalui kenyataan media Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata susulan peletakan jawatan itu, Yang di-Pertuan Agong berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai ‘caretaker’ Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Muhyiddin dan jemaah menterinya atas khidmat bakti dan urus tadbir negara di bawah Perikatan Nasional (PN) bermula 1 Mac 2020, khususnya dalam memerangi pandemik Covid-19.

-Deasoka

Share

Written by:

1,496 Posts

View All Posts
Follow Me :
error: Content is protected !!