Terjun laut elak ditahan

Terjun laut elak ditahan

Semporna: Terjun ke dalam laut bagi mengelak ditahan pihak berkuasa. Itu tindakan nekad seorang lelaki selepas dikesan cuba menyeludup petrol disyaki ke Filipina.

Dalam kejadian jam 3.15 petang semalam itu, Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna yang sedang menjalankan tugas rondaan terserempak dengan sebuah bot pam dalam keadaan mencurigakan di laut Gelam-Gelam, Pulau Bum-Bum.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Deputi Superintendan Mohammad Ismail berkata, apabila dihampiri, seorang lelaki dewasa bertindak terjun dari bot dan melarikan diri ke kawasan cetek tanpa dikesan.

Katanya, pemeriksaan ke atas bot itu menemukan beberapa tong pelbagai saiz berisi petrol disyaki mahu diseludup ke negara Filipina.

“Rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM6,520. Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya ketika dalam kenyataa, hari ini.

Sementara itu, Mohammad berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.

Katanya, orang ramai boleh secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi WhatsApp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|