Terapkan semangat pengorbanan: Shahelmey

Terapkan semangat pengorbanan: Shahelmey

Kota Kinabalu: Semangat pengorbanan di dalam sambutan Hari Raya Aidiladha perlu diterapkan dalam diri masyarakat di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah, Shahelmey Yahya berkata semangat pengorbanan itu perlu dihayati terutamanya kepada mereka yang diperlukan bertugas pada pandemik Covid-19 di seluruh negeri.

“Kita faham dalam suasana kita masih dalam pandemik covid19 ini, petugas barisan hadapan tanpa putus asa dengan semangat yang berterusan membantu menjaga keselamatan rakyat di negeri ini.

Shahelmey (kanan) bersama Mohd Ali dalam program tersebut, hari ini.

“Dengan adanya hubungan yang erat diantara barisan petugas hadapan dan juga masyarakat maka kita akan dapat menjaga keselamatan, keamanan dan kemakmuran di negeri dan juga negara kita” katanya.

Shahelmey berkata demikian ketika menyerahkan sumbangan lembu korban kepada petugas barisan hadapan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu.

Katanya, dengan penyerahan lembu korban kepada petugas barisan hadapan sekitar kawasan itu diharapkan dapat menyuntik semangat mereka dalam menjalankan tugas.

Shahelmey (kanan) berbincang sesuatu dengan Mohd Halim dalam program penyerahan lembu korban terbabit.

Turut hadir pada penyerahan lembu korban sumbangan Pejabat ADUN N.24 Tanjung Keramat itu ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.24 Tanjung Keramat; Sufian Matin.

Untuk rekod, penyerahan disampaikan kepada Panglima 5 Divisyen Mejar Jeneral; Datuk Mohd Halim Khalid, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah; Mohd Ali Ismail, dan Pegawai Daerah Putatan; Zainuddin Awang.

-Deasoka

Share

Written by:

463 Posts

View All Posts
Follow Me :
error: Content is protected !!