Senarai terbaru individu dikehendaki ESSCOM

Senarai terbaru individu dikehendaki ESSCOM

Lahad Datu: Seramai empat suspek baru dimasukkan dalam senarai individu dikehendaki Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), yang dikeluarkan hari ini.

Dalam senarai baharu itu, pihak ESSCOM turut mengeluarkan lima individu senarai lama kerana mereka sudah dineutralize oleh pihak keselamatan Filipina.

Antara empat yang disenaraikan orang yang dikehendaki iaitu Ellam Sajiran @ Nasirin, Ismuran Jirah, Tista Hussein dan Ahadin Hussein.

Justifikasi individu yang dikehendaki. (Gambar ihsan ESSCOM).
Justifikasi individu yang dikehendaki. (Gambar ihsan ESSCOM)

Manakala lima individu yang dikeluarkan dalam senarai dikehendaki iaitu Apo Mike @ Majan Sahidjuan, Raden Abuh, Long Sahirin, Japs Sawadjaan @ Mujafar Sawadjaan dan Mundi Sawadjaan.

Komander ESSCOM, Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, senarai orang dikehendaki terbaharu itu dikemas kini selepas kejayaan operasi menghapuskan suspek di Beaufort, baru-baru ini.

Lima senarai (gambar berpangkah) individu dikehendaki yang dikeluarkan. (Gambar ihsan ESSCOM)

Katanya, semua penama terbabit disenaraikan sebagai suspek yang mempunyai kaitan atau terbabit dalam jenayah rentas sempadan serta penculikan.

“Sebahagian kejayaan menghapuskan suspek lama adalah hasil daripada operasi terdahulu di Beaufort Sabah.

“Kejayaan itu membawa kepada operasi ke atas Abu Sayaf Group Sub Leader, INJAM YADAH dan AL SAWADJAAN dan RAF,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|