Salleh manfaat adaptasi media sosial, ajak rakyat sedar kepentingan vaksin

Salleh manfaat adaptasi media sosial, ajak rakyat sedar kepentingan vaksin

Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak terus memanfaatkan kebaikan media sosial dengan berinteraksi orang ramai dalam berkongsi maklumat semasa.

Beliau yang dalam sesi siaran langsung menerusi medium Facebooknya petang tadi turut mengambil kesempatan menyebarkan maklumat perkembangan vaksinasi di negeri ini.

Salleh berkata, ini antaranya perkembangan terbaru mengenai vaksinasi di Sabah adalah pencapaian perjanjian kerjasama strategik di antara WH Medicare Sdn Bhd, menerusi Qhazanah Sabah Sdn Bhd, bersama Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd, yang diadakan di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), pada Jumaat.

Menurut beliau, dalam majlis yang turut dihadiri oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, ianya dijangka menjadi pelan jangka panjang dan pendek sekiranya berlaku gangguan bekalan vaksin ke negeri ini.

“Dengan ada perkembangan terbaru ini, saya berharap kadar vaksinasi di kalangan penduduk Sabah dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

“Lebih penting lagi, dengan komitmen berterusan, pembekalan vaksin mengikut jadual serta pelaksanaan program outreach yang giat dilaksana, maka sasaran 80 peratus vaksinasi di kalangan rakyat Sabah bakal dicapai menjelang Oktober depan… Insyallah,” katanya.

Salleh yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata demikian ketika dipetik dalam sesi siaran langsung FB Live, bersama sejumlah pengikut Facebook beliau, petang tadi.

Beliau turut berinteraksi dengan beberapa pemilik akaun Facebook dan dalam pada masa yang sama turut menyeru orang ramai untuk terus berdaftar sebagai penerima vaksin di negeri ini.

Jelasnya lagi, ia antara lain bertujuan mencapai hasrat kerajaan dalam mewujudkan komuniti kelompok dan mempercepatkan pemulihan ekonomi negeri yang terkesan akibat pandemik Covid-19 sejak tahun lalu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|