Rokok tanpa cukai bernilai RM82,350 dirampas

Rokok tanpa cukai bernilai RM82,350 dirampas

Sandakan: Cubaan menyeludup masuk rokok tidak bercukai sekali lagi berjaya digagalkan Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan yang menjalankan operasi di kawasan Batu 8, di sini, lewat malam kelmarin.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Empat Sandakan, Deputi Superintendan Rusdin Banin berkata, operasi dijalankan selepas pihaknya berjaya menghidu kegiatan penyeludupan berkenaan.

Katanya, hasil maklumat risikan, pihaknya menjalankan pemeriksaan di kawasan semak yang disyaki tempat pemunggahan sementara digunakan penyeludup.

“Hasil pemeriksaan terhadap tempat berkenaan, pasukan operasi berjaya menemui beberapa kotak rokok pelbagai jenis tidak bercukai.

“Semua rokok berkenaan kemudiannya dirampas dan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rusdin berkata, nilai rampasan yang berjaya dilakukan hari ini dianggarkan berjumlah RM82,350 berdasarkan harga pasaran semasa.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Akta Kastam 1967.

Sehubungan itu, Rusdin berkata, PPM sentiasa menggalakkan masyarakat pesisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada pihaknya.

“Setiap maklumat boleh disalurkan menerusi aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wilayah Empat Sabah di talian 0132831197.

“Masyarakst juga boleh berhubung terus ke Bilik Gerakan PPM Sandakan di talian 089-221453 untuk tindakan segera,” tegasnya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|