Remaja cuba seludup rokok ditahan

Remaja cuba seludup rokok ditahan

Lahad Datu: Cubaan seorang remaja berusia 19 tahun menyeludup masuk rokok tidak bercukai gagal selepas berjaya dikesan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam operasi di Jalan Agaseh, di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu, Superintendan Gan Ping Sin berkata, kegiatan penyeludupan berkenaan dikesan selepas pasukan polis menahan dan memeriksa sebuah kenderaan awam bas mini di kawasan terbabit.

Katanya, semasa pemeriksaan dilakukan, pasukan operasi menemui rokok pelbagai jenis tidak bercukai.

“Semua rokok berkenaan didapati milik salah seorang penumpang seorang lelaki berusia 19 tahun.

“Semua rokok terbabit terus dirampas dan dibawa balik ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Gan berkata, nilai semua tokok yang dirampas dianggarkan berjumlah RM9,926.40 berdasarkan harga pasaran semasa.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.

Sehubungan itu, Gan berkata, PPM Wilayah Empat Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.

Katanya, maklumat boleh disalurkan secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi WhatsApp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|