Padah miliki bahan letupan

Padah miliki bahan letupan

Semporna: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang lelaki kerana disyaki memiliki komponen bahan letupan dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di daerah ini, awal pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Deputi Superintendan, Mohamad Ismail berkata, serbuan kira-kira 2 pagi itu, berdasarkan maklumat risikan dan orang awam.

“Hasil serbuan itu, menemui barang-barang yang disyaki komponen bahan letupan dalam miliki suspek lelaki berusia 55 tahun.

“Antara barang yang dirampas iaitu beberapa batang non electrical detonator, beberapa gulung sumbu dan beberapa kilo baja ammonia.

“Semua barangan ini dipercayai digunakan untuk membuat bahan letupan bagi menangkap ikan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad berkata, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM1,943.

“Tangkapan dan rampasab dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.

“Kes disiasat mengikut Akta Bahan Letupan 1957,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|