Rakaman kes ragut tular bukan di Damai

Rakaman kes ragut tular bukan di Damai

Kota Kinabalu: Klip video memaparkan satu kejadian ragut yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp sejak petang tadi bukan berlaku di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah yang dihubungi mengesahkan tiada sebarang kejadian ragut dilaporkan.

Katanya, pihak polis juga tidak menerima sebarang laporan berkenaan kes ragut di dalam premis perbankan atau mesin juruwang automatik (ATM) dalam tempoh seminggu sehingga kini.

“Hasil siasatan pihak polis mendapati tiada premis mesin ATM yang sempit seperti itu di sekitar ibu negeri.

“Dalam tempoh seminggu ini kita juga tidak menerima sebarang laporan yang mendakwa menjadi mangsa ragut terutama di premis perbankan atau ATM,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa pihak polis sentiasa melaksanakan penugasan terbaik bagi memastikan keamanan, keselamatan dan keharmonian di sekitar daerah ini sentiasa terpelihara.

Sementara itu, rakaman berdurasi seminit itu memaparkan seorang wanita menjadi mangsa ragut seorang lelaki yang memakai topi keledar dan bersenjatakan pisau.

Rakaman berkenaan didakwa berlaku di sebuah premis mesin ATM yang didakwa berlaku di Damai. –

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|