Program Ziarah Qaseh IPD KK diteruskan

Program Ziarah Qaseh IPD KK diteruskan

Kota Kinabalu: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu meneruskan program Ziarah Qaseh kepada 24 keluarga di tiga lokasi, hari ini.

Antara lokasi program berkenaan adalah Kampung Cenderakasih Luyang, Masjid Al-Khautar Tanjung Aru dan Kampung Bunga Raya, Kepayan.

Mohd Zaidi (tiga dari kiri memberi sumbangan bakul makanan kepada penduduk kampung sekitar Kota Kinabalu. (Gambar ihsan IPD Kota Kinabalu)

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, program bermula jam 8.30 pagi itu disertai beberapa pegawai kanan dan anggota IPD Kota Kinabalu serta Skuad Aman Wanita (Amanita).

Katanya, pogram Ziarah Qaseh ini menyantuni dan menyampaikan bantuan ikhlas bakul makanan iaitu bahan makanan asas kepada kumpulan sasaran yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Sumbangan bakul makanan kali ini juga adalah hasil sumbangan daripada Pegawai Kanan dan Anggota IPD Kota Kinabalu yang prihatin dan simpati dengan keprihatinan hidup kumpulan sasaran ini.

“Sumbangan diberikan kepada 10 keluarga di Kampung Cenderakasih Luyang dan 14 keluarga di Kampung Tanjung Aru juga Kampung Bunga Raya,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, pihak IPD berharap sumbangan bantuan ini akan dapat meringankan beban kelangsungan kehidupan keluarga terjejas.

Katanya. Ia juga diharap dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara Polis IPD Kota Kinabalu dan masyarakat setempat selaras dengan slogan “Polis & Masyarakat, Berpisah Tiada”.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|