Kanak-kanak 2 tahun lemas jatuh laut dari anjung rumah

Kanak-kanak 2 tahun lemas jatuh laut dari anjung rumah

Sandakan: Seorang kanak-kanak lelaki ditemui lemas selepas terjatuh dari anjung rumahnya di perkampungan atas air di Pulau Bai, di sini, pagi tadi.

Mayat kanak-kanak terbabit Mohamad Fairul Iman Fairus, 2, ditemui terapung oleh penduduk kampung jam 6.30 pagi tadi.

Kanak-kanak yang ditemui lemas selepas terjatuh dari anjung rumahnya di Pulau Bai, Sandakan.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, pihaknya mengaktifkan Operasi Carilamat (SAR) pada 6 petang semalam selepas menerima laporan mengenai kejadian mangsa lemas.

Lokasi kanak-kanak ditemui lemas di Pulau Bai, Sandakan.

Katanya, operasi Carilamat dipecahkan kepada lima sektor meliputi keluasan 27 batu nautika persegi dengan pembabitan lima aset.

“Ia terdiri daripada APMM, Polis Diraja Malaysia (PDRM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Mayat mangsa ditemui terapung oleh penduduk kampung sekitar jam 6.30 pagi tadi di lokasi satu batu nautika utara Pulau Bai,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lemas selepas terjatuh dari anjung rumahnya di Pulau Bai, Sandakan.

Menurutnya, mayat kanak-kanak terbabit kemudian dihantar ke rumah keluarga mangsa untuk pengesahan.

Katanya, mayat mangsa seterusnya dibawa ke Jeti Pejabat Pos Sandakan, bersama bapanya dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Kanak-kanak yang ditemui lemas selepas terjatuh dari anjung rumahnya di Pulau Bai, Sandakan.

Sementara itu, Pengarah Maritim Malaysia Sabah, Datuk Mohd Rosli Abdullah merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua jabatan dan agensi serta kominiti nelayan yang terbabit sepanjang operasi Carilamat dijalanksn hingga ditamatkan pada 8 pagi tadi.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|