Program KKJG ESSCOM sempena Bulan Kemerdekaan

Program KKJG ESSCOM sempena Bulan Kemerdekaan

Kota Kinabalu: Sempena sambutan bulan kemerdekaan, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Kibar Jalur Gemilang.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, usaha itu adalah bagi menyemai dan memupuk semangat patriotisme serta cintakan negara dalam kalangan masyarakat khususnya di pantai timur Sabah.

Katanya, untuk tujuan itu, ESSCOM juga merancang untuk mengadakan beberapa program Kempen Kibar Jalur Gemilang (KKJG) sebagai satu langkah menyemarakan lagi sambutan itu di pos-pos Keselamatan di kawasan ESSZONE.

“Kempen Kibar Jalur Gemilang dimulakan di Pusat Pemeriksaan Daratan (RCP) Sapi Nangoh pada 16 Ogos 2021 yang lalu, oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ESSCOM, Dr Jamaluddin Mohd Ali.

“Selain menyerahkan Jalur Gemilang kepada pegawai dan anggota RCP Sapi Nangoh, beliau turut menyerahkan jalur gemilang kepada pemandu kenderaan yang melalui laluan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, program itu diteruskan di RCP Kalabakan dengan simbolik penyerahan Jalur Gemilang kepada ketua trup RCP Kalabakan, semalam.

Katanya, program Kempen Kibar Jalur Gemilang itu diteruskan di Pos Gabungan ATM-PDRM, Pulau Mataking dan Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah (TSR), Semporna, hari ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|