PPV IPT-UMS tangguh lima hari

PPV IPT-UMS tangguh lima hari

Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) memaklumkan pemberian vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin Institut Pengajian Tinggi – UMS (PPV IPT-UMS) ditangguh bermula Isnin ini.

Kenyataan yang dikeluarkan pejabat Penolong Naib Canselor (Strategik), Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat (PPSKK) berkata, penangguhan itu akan berjalan selama lima hari sehingga 2 Julai depan.

Katanya, tindakan itu terpaksa diambil berikutan faktor luar kawalan UMS dan sepanjang tempoh itu tiada sebarang suntikan diberikan.

“Operasi PPV IPT-UMS akan disambung semula pada 5 Julai depan. Sebarang makluman perkembangan lanjut akan diumumkan dari semasa ke semasa.

“Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan dengan menghubungi Hotline PPT IPT-UMS di talian 088-329200,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|