PPM tahan 8 lelaki disyaki terbabit kegiatan bom ikan

PPM tahan 8 lelaki disyaki terbabit kegiatan bom ikan

Sandakan: Sekumpulan lapan lelaki disyaki terbabit dalam kegiatan bom ikan, ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di kawasan utara laut Pulau Billean, di sini, kelmarin.

Semua suspek berusia lingkungan lapan hingga 50 tahun ditahan PPM Sandakan selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan di kawasan laut berkenaan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Sandakan, Deputi Superintendan Rusdin Banin berkata, pihaknya berjaya menumpasman lapan lelaki yang menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan.

Katanya, pemeriksaan lanjut telah dilakukan terhadap bot dinaiki suspek telah menemui beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk mengebom ikan.

“Antara rampasan iaitu detonator, botol kaca, mancis kayu, hos, kompresor dan beberapa kilogram ikan pelbagai jenis yang disyaki ditangkap menggunakan cara mengebom.

“Semua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM43,920.

“Kes disiasat mengikut Akta Bahan Letupan 1957.

“PPM menggalakkan masyarakat pesisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan apa-apa maklumat melalui aplikasi WhatsApp PPM Wilayah 4 Sabah di nombor 0139391197 bagi memastikan keselamatan dan kemakmuran setempat terjaga dan terkawal,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|