PPM gagalkan cubaan seludup rokok

PPM gagalkan cubaan seludup rokok

Tawau: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas pelbagai jenis rokok yang dipercayai diseludup masuk ke negara ini melalui sungai di sebuah kampung di sini, kelmarin.

Dalam operasi berkenaan, pasukan PPM Tawau yang melakukan intipan mendapati semua rokok berkenaan ditinggalkan beberapa individu yang menghilangkan diri selepas menyedari kehadiran polis.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Ridzauddin Selamat berkata, hasil pemeriksaan kotak yang ditinggalkan didapati berisi tembakau dan juga rokok putih.

Katanya, semua rokok berkenaan terus dirampas dan di bawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Tawau untuk tindakan lanjut.

“Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM19,065.60 dan kes diserahkan kepada Kastam Tawau untuk disiasat mengikit Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ridzauddin, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti individu terbabit dalam kegiatan berkenaan.

Sehubungan itu, Ridzauddin berkata, PPM Wilayah Empat Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.

Katanya, maklumat boleh disalurkan secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi WhatsApp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|