PPM berkolaborasi agih bakul makanan

PPM berkolaborasi agih bakul makanan

Kota Kinabalu: Prihatin akan nasib menimpa penduduk Pulau Gaya, di sini, yang terjejas akibat pandemik Covid-19, Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah tampil menghulurkan sumbangan bakul makanan.

Sumbangan kerjasama Persatuan Pengusaha – Pengusaha Ikan Kota Kinabalu dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menghantar bakul makanan kepada penduduk di pulau berkenaan, jam 9 pagi tadi.

Timbalan Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Superintendan Abd Nasir Othman yang mengetuai program itu berkata, inisiatif ini adalah salah satu usaha untuk memberi bantuan kepada penduduk di pulau berkenaan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

PPM Wilayah 4 Sabah menghulurkan bantuan bakul makanan kepada penduduk di sekitar Pulau Gaya.

“Pemberian bakul makanan ini dapatlah sedikit sebanyak meringankan beban penduduk di pulau berkenaan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 ini.

“Marilah kita sama sama berdoa agar wabak ini hilang daripada muka bumi dan masyarakat dapat menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

Turut hadir pada program berkenaan beberapa pegawai kanan PPM Wilayah 4 Sabah dan Perkep PPM Wilayah 4 Sabah.

Timbalan Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Superintendan Abd Nasir Othman menghulurkan bantuan makanan kepada penduduk kampung.

Dalam pada itu, beberapa agensi kerajaan turut serta dalam program berkenaab iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Laut, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Taman-Taman Sabah.

Sementara itu, bantuan makanan dan minuman turut diberikan kepada anggota keselamatan yang bertugas mengawal kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Pondo, Pulau Gaya.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|