Hajiji terima kunjungan Pengarah JKNS baharu

Hajiji terima kunjungan Pengarah JKNS baharu

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) yang baharu, Dr Rose Nani Mudin, di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), Kota Kinabalu.

Rose Nani, anak jati tempatan yang berasal dari daerah Papar itu memulakan tugas sebagai Pengarah JKNS berkuatkuasa pada 13 Julai (semalam) bagi menggantikan Datuk Dr Christina Rundi.

Foto kredit: Unit media JKM Sabah

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|