AMANITA IPD Penampang agih bakul makanan

AMANITA IPD Penampang agih bakul makanan

Penampang: Seramai 18 keluarga di Kampung Serigai, Putatan, hari ini menerima bantuan bakul makanan menerusi Op Bantu.

Bakul makanan itu disampaikan Skuad Aman Wanita (AMANITA) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

Op Bantu kali ini diketuai oleh Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Penampang, ASP Abdul Jain Asbah dan Ketua AMANITA IPD Penampang, Inspektor Arisanti Aziz.

Skuad AMANITA agih bakul makanan kepada keluarga yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di Putatan.

Op Bantu adalah inisiatif daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui AMANITA dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) turun padang untuk mengagihkan bantuan bakul makanan kepada golongan yang memerlukan di sekitar Daerah Penampang dan Putatan.

Seiring dengan slogan “Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”, perlaksanaan Op Bantu ini mencerminkan keprihatinan jabatan dan agensi penguatkuasaan dalam membantu golongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|