Polis KK sumbang bakul makanan kepada 20 keluarga terkesan Covid-19

Polis KK sumbang bakul makanan kepada 20 keluarga terkesan Covid-19

Kota Kinabalu: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu meluangkan masa menyantuni 20 keluarga sekitar daerah ini untuk menyampaikan sumbangan bakul makanan menerusi Program Ziarah Qaseh, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, menerusi program berkenaan, ia bagi membantu orang awam yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Katanya, bantuan makanan yang disampaikan itu diharap dapat meringankan bebanan yang dihadapi ketika ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah menghulurkan bakul makanan kepada salab seorang penerima pada program Ziarah Qaseh di Kota Kinabalu.

“Hari ini, kita menyerahkan bakul makanan kepada 20 keluarga dan selebihnya akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Bantuan berupa makanan dan keperluan harian seperti beras, telur, minuman, tepung, minyak masak dan sebagainya kepada mereka yang kita rasa terkesan dengan Covid-19 ini,” katanya ketika ditemui media selepas memberi sumbangan bakul makanan, di sini, hari ini.

Sumbangan bakul makanan membabitkan lima lokasi di sekitar daerah ini iaitu di Jalan Patuma 2, Kampung Cenderakasih Kolombong, Balai Polis Inanam, Kampung Lobai, Kampung Suang Parai.

Mengulas lanjut, Mohd Zaidi berkata, pihaknya sudah mengumpulkan sebanyak 80 bakul makanan untuk diagihkan kepada mereka yang dikenal pasti oleh ketua-ketua balai polis di kawasan masing-masing.

“Kita berharap dengan bantuan yang disampaikan akan dapat meringankan bebanan mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19 ini.

“Ini juga selaras dengan tema polis ‘Masyarakat dan Polis Berpisah Tiada’,” katanya.

– Deasoka

Share

Written by:

464 Posts

View All Posts
Follow Me :
error: Content is protected !!