PGA tahan pasangan kekasih miliki syabu

PGA tahan pasangan kekasih miliki syabu

Sandakan: Seorang wanita menangis teresak-esak selepas ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah dalam operasi di sebuah bilik hotel di bandar ini, semalam.

Serbuan jam 10.30 pagi oleh pegawai dan anggota Tiger Platoon Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Sandakan, turut menahan seorang lelaki di dalam bilik berkenaan.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata, bertindak atas maklumat telah melakukan serbuan ke atas sebuah bilik hotel dan menahan seorang wanita dan lelaki dipercayai pasangan kekasih berusia lingkungan 30 tahun.

Katanya, pemeriksaan ke atas bilik itu menemui satu kotak berisi 16 peket plastik jernih di dalam berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis Methamphetamnie atau syabu.

“Nilai dadah yang dirampas itu dianggarkan berjumlah RM1,000.

“Tangkapan dan rampasan kemudian diserahkan kepada Balai Polis Sandakan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan ujian saringan air kencing ke atas pasangan itu didapati positif dadah Methamphetamnine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|