PGA Sabah rampas rokok tidak bercukai dalam van

PGA Sabah rampas rokok tidak bercukai dalam van

Lahad Datu: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah merampas pelbagai jenis rokok bernilai hampir 70,000 dalam van di Jalan POIC, di sini, pagi tadi.

Op Kontraban oleh pasukan khas perisikan Batalion 17 Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi itu turut menahan pemandu van lelaki berusia 41 tahun.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, bertindak atas maklumat rokok seludup menahan sebuah van yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan dibahagian belakang kenderaan itu menemui 19 plastik hitam yang mengandungi 460 karton rokok disyaki rokok seludup.

Bungkusan hitam berisi rokok seludup yang dirampas anggota PGA Briged Sabah di Lahad Datu.


“Rampasan membabitkan pelbagai jenis rokok seludup dipercayai untuk diedarkan di daerah berkenaan.

“Anggaran nilai rokok yang dirampas berjumlah RM67,800 dan jumlah keseluruhan rampasan termasuk van serta telefon bimbit bernilai RM98,400,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Van yang digunakan ketika mengangkut rokok seludup.

Mohd Abduh berkata, rampasan dan tangkapan dibawa ke Balai Polis Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner, Mohd Abduh Ismail.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967.

“Polis menyeru masyarakat supaya memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|