Dua pegawai SKMM berdepan lima pertuduhan

Dua pegawai SKMM berdepan lima pertuduhan

Kedua-dua tertuduh, Sufri Hassan Mindar, 35, dan Syahruddin Muhd Saleh, 40, bagaimanapun tidak mengaku bersalah di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Kedua-dua mereka dituduh mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(2) akta yang sama.

Sufri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di Mahkamah Khas Rasuah, Kota Kinabalu.

Manakala Sufri berhadapan satu pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 468 Kanun yang sama.

Sufri yang berdepan dua pertuduhan didakwa sebagai Penolong Pengarah SKMM cawangan Beaufort menggunakan dokumen palsu sebagai tulen untuk membuat tuntutan berjumlah RM4,900.

Selain itu, Sufri turut berdepan pertuduhan alternatif iaitu membuat tuntutan palsu kononnya sudah mengeluarkan perbelanjaan penyewaan sistem audio, kelengkapan elektrik dan hamper untuk Festival Begandang Beaufort 2013.

Mahkamah kemudiannya membenarkan Sufri diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan bayaran pendahuluan RM4,000 dan seorang penjamin tempatan.

Sufri turut diarahkan melapor diri kepada SPRM sekali setiap dua bulan sehingga sebutan semula kes pada 16 Ogos depan.

Manakala bagi Syahruddin pula, dia berdepan tiga pertuduhan kerana membuat tiga tuntutan palsu berjumlah keseluruhan RM3,990 untuk sebuah program di Parlimen Beluran pada tahun 2014.

Syahruddin (baju putih) berdepan tiga pertuduhan di Mahkamah Khas Rasuah, Kota Kinabalu.

Mahkamah kemudiannya memutuskan kebenaran ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan bayaran pendahuluan RM5,000 dan seorang penjamin tempatan.

Syahruddin turut diarahkan melapor diri kepada SPRM Tawau sekali setiap dua bulan sehingga sebutan semula kes pada 16 Ogos depan serta diingatkan supaya tidak menganggu saksi pendakwaan.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rekhraj Singh manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Abdul Fikry Jaafar Datuk Abdullah.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|