KRT berperanan bantu bendung Covid

KRT berperanan bantu bendung Covid

Kota Marudu: Komuniti Rukun Tetangga (KRT) dilihat memainkan peranan penting untuk membantu kerajaan dalam mengekang penularan Pandemik Covid-19 di kawasan mereka masing-masing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, sumbangan KRT di peringkat akar umbi adalah amat berkesan.

Beliau berkata, ini terutamanya bagi menyebarkan informasi berkaitan kempen vaksinasi Covid-19 yang kini dicanangkan oleh pihak kerajaan.

Maximus dalam seminar Gerak Kerja Perpaduan Negara dan Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tertangga 2021-2030 bagi daerah Kota Marudu secara maya, semalam. (Gambar ihsan unit media PBS)

“Setiap KRT boleh melaksanakan program-program yang bersesuaian seperti kempen pendaftaran vaksin melalui kaedah media sosial.


“Ia termasuklah penerangan mengenai Covid-19 dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan dari semasa ke semasa kepada masyarakat setempat.

“Ini adalah norma baharu yang perlu kita adaptasi, dan saya berharap kesemua KRT dapat membantu kerajaan dalam menyebarkan mesej yang positif, “katanya.

Maximus berkata demikian dalam perasmian Seminar Gerak Kerja Perpaduan Negara dan Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tertangga 2021-2030 bagi daerah Kota Marudu secara maya, disini, semalam.

Menyentuh mengenai program itu, beliau berkata, rukun tertangga akan lebih memahami peranan mereka dalam memberi perkhidmatan yang berkesan dan cemerlang kepada masyarakat di peringkat akar umbi.

Maximus dalam seminar Gerak Kerja Perpaduan Negara dan Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tertangga 2021-2030 bagi daerah Kota Marudu secara maya, semalam. (Gambar ihsan unit media PBS)

“Mereka telah didedahkan kepada empat agenda kerja KRT yang mana merupakan inisiatif kearah usaha memperkasa kepimpinan komuniti rukun tertangga,” katanya.

Terdahulu, Maximus telah mengumumkan peruntukan sejumlah RM 53,000 dan turut menyumbangkan sejumlah 200 kotak pelitup muka untuk KRT di daerah berkenaan.

Sumbangan tersebut adalah dari Pejabat Parlimen P.168, Kota Marudu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|