Pembunuh 11 penyu hijau dengan kejam diburu polis

Pembunuh 11 penyu hijau dengan kejam diburu polis

Semporna: Polis sedang menyiasat tindakan kejam individu yang membunuh 11 ekor penyu hijau di perairan Pantau-Pantau, Pulau Bum-Bum, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kejadian itu semalam.

Katanya, kini polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenalpasti pelakunya.

“Satu laporan diterima jam 11.30 pagi semalam di mana Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah melancarkan Op Khazanah di kawasan Kampung Pantau-Pantau ekoran daripada maklumat orang awam berkaitan pembunuhan penyu.

“Dalam operasi itu, berjaya merampas 11 bangkai penyu, 11 back stone dan fua guni daging yang disyski daging penyu, peralatan memasak, parang dan pisau dirampas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penemuan 11 bangkai penyu hijau di perairan Pantau-Pantau Pulau Bum-Bum, jam 6 pagi Sabtu lalu, dalam Op Khazanah yang dijalankan PGA bersama JHL Sabah dan Jabatan Perhutanan Sabah.

Bangkai penyu itu ditemui mereput selain keadaan bangkainya terburai manakala isinya pula dimasak sebelum dimasukkan ke dalam guni.

Sehubungan itu, Farhan meminta penduduk di daerah ini yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu agar segera menyalurkan kepada polis untuk membantu siasatan sekali gus menangkap pelaku terbabit untuk dibawa ke muka pengadilan.

“Saya menegaskan pemburuan atau memiliki penyu adalah satu kesalahan mengikut Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.

“Saya juga menyeru masyarakat setempat khasnya di daerah ini menyalurkan apa-apa maklumat berkaitan dengan pemburuan dan memiliki penyu,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|