Peka penggunaan internet, elak ancaman jenayah siber: Shahelmey

Peka penggunaan internet, elak ancaman jenayah siber: Shahelmey

Kota Kinabalu: Orang ramai di minta terus meningkatkan keupayaan pemantauan dalam penggunaan internet bagi mengelakkan ancaman jenayah siber.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah, Shahelmey Yahya berkata, langkah itu adalah sebagai mengelak daripada terdedah risiko ancaman keselamatan siber yang semakin meruncing sejak kebelakangan ini.

Menurut beliau, berdasarkan statistik diterima Cybersecurity Malaysia pada 17 Mei lalu, dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini, difahamkan berlakunya 4,615 jenayah siber di seluruh negara.

Shahelmey (tengah) meletakkan tangan di telefon pintar sebagai simbolik kepada perasmian sesi webinar berkenaan.

“Kita difahamkan statistik kes jenayah siber yang dikendalikan oleh PDRM juga meningkat.

“Ini merupakan laporan yang agak membimbangkan dengan orang ramai dan penjawat awam yang bekerja dari rumah mengunakan peralatan digital serta perkhidmatan internet akan terdedah kepada risiko itu.

“Sehubungan itu, saya menasihatkan orang ramai termasuklah di Sabah ini untuk terus mengamalkan tatacara dan kaedah penggunaan internet secara positif, beretika dan bertanggungjawab,” katanya.

Sekitar perasmian Webinar ICT Memperkasa Wanita secara maya anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah pada pagi tadi.

Shahelmey berkata demikian dalam ucapannya bersempena perasmian Webinar ICT Memperkasa Wanita secara maya anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah pagi tadi.

Beliau dalam pada itu, meminta semua pihak agar memberikan komitmen kepada pihak kerajaan negeri dalam usaha mencegah, mendidik dan membanteras jenayah termasuk jenayah siber.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|