Hajiji saksikan penyerahan zakat Sedafiat

Hajiji saksikan penyerahan zakat Sedafiat

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini berkesempatan menyaksikan penyerahan zakat perniagaan daripada Sedafiat Sdn. Bhd berjumlah RM713,907 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), Kota Kinabalu.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Sedafiat, Datuk Ag Buhtamam Ag Mahmun menyerahkan wang zakat itu kepada Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Ramlan Awang Ali.

Hajiji (tengah) menyaksikan penyerahan replika cek daripada kedua-dua pihak di PPNS, Kota Kinabalu hari ini. (Gambar ihsan unit media JKM Sabah)

Terdahulu, dalam majlis berkenaan, Sedafiat turut menyerahkan wang amal jariah sebanyak RM100,000.00 kepada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, yang diterima oleh Pengurus Besarnya, Salman Nurillah.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan turut menerima pembayaran Dividen Interim Pertama Tahun 2021 daripada Kimanis Power Sdn. Bhd kepada NRG Consortium (Sabah) Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah bernilai RM12 juta.

Hajiji (dua kiri) menerima cek pembayaran dividen daripada pihak Kimanis Power dalam majlis penyerahan di PPNS, Kota Kinabalu, hari ini. (Gambar ihsan unit media JKM Sabah)

Kimanis Power diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Zainuddin Yahaya.

Turut hadir ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Arif dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Shahelmey Yahya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|