Pam bot bawa muatan 1.8 tan tepung gandum digagalkan

Pam bot bawa muatan 1.8 tan tepung gandum digagalkan

Kudat: Penemuan sebuah pam bot dalam keadaan mencurigakan di kawasan laut Sibogoh, di sini, semalam membongkar aktiviti penyeludupan tepung gandum yang disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran.

Dalam penemuan oleh anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat kira-kira jam 4 petang itu, sebanyak 1.8 tan tepung gandum yang dianggarkan bernilai RM22,260 kemudiannya dirampas.

Pegawai Pemerintah PPM Kudat, Asisten Superintendan Cyril Douglas berkata, ketika rondaan dijalankan, pihaknya sebuah pam bot yang diletakan dalam keadaan mencurigakan di kawasan laut berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut oleh pasukan operasi menemui beberapa kilogram tepung gandum yang dipercayai cuba dibawa keluar ke negara jiran.

“Barang rampasan kemudiannya dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan selanjutnya.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM22,260,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sehubungan itu, pihaknya sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi 24 jam atau menggunakan aplikasi WhatsApp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|