Operasi pencarian mangsa dibaham buaya masuk hari ketiga

Operasi pencarian mangsa dibaham buaya masuk hari ketiga

Lahad Datu: Operasi pencarian seorang kanak-kanak yang dikhuatiri dibaham buaya dalam kejadian di Kampung Sinakut Felda, Sajabat 16, di sini, masuk hari ketiga.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi pencarian dijalankan sekitar radius 100 kilometer.

Operasi mencari dan menyelamat dijalankan membabitkan JBPM, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Pix Ihsan Bomba

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang dikhuatiri dibaham buaya di pesisir pantai dijalankan menggunakan kaedah Surface Rescue bersama agensi penyelamat lain.

“Setakat ini, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Zul Arian Abdullah berusia 10 tahun masih gagal ditemui.

“Bagaimanapun, operasi SAR terpaksa dihentikan seketika berikutan keadaan ombak laut bergelora,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan penyelamat membabitkan tiga anggota dan pegawai JBPM akan disambung mengikut kesesuaian cuaca dan sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Dalam kejadian jam 7.18 malam 4 November lalu, mangsa dikhuatiri dibaham buaya selepas dilaporkan hilang ketika mandi laut bersama beberapa rakan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|