Op Bantu: IPD Kota Belud hulur sumbangan bakul makanan kepada 10 keluarga

Op Bantu: IPD Kota Belud hulur sumbangan bakul makanan kepada 10 keluarga

Kota Belud: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud, meneruskan bantuan bakul makanan kepada penduduk terjejas akibat pandemik Covid-19, di Kampung Taun Gusi Peninting, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Sahimi Husin berkata, seramai 10 keluarga mendapat bantuan bakul makanan menerusi pelaksanaan Op Bantu.

Katanya, IPD Kota Belud akan meneruskan program ini dari semasa ke semasa kepada warganegara yang dikenalpasti terjejas dengan keadaan ketika ini.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, semua penerima yang terpilih adalah mereka terjejas akibat penularam pandemik Covid-19 ini.

“Sumbangan Op Bantu IPD Kota Belud kali ini disalurkan kepada 10 keluarga yang terkesan teruk akibat pendamik COVID-19 dimana mereka ini amat memerlukan bantuan dan sumbangan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sahimi berkata, program pengagihan seterusnya iaitu peringkat Fasa Ke-2 akan dijalankan dari rumah ke rumah yang membabitkan 280 Bakul Makanan.

Katanya, ia akan dilaksanakan IPD Kota Belud dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malysia (RELA) dan Skuad Aman Wanita (Amanita).

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|