Mayat bot karam terakhir ditemui

Mayat bot karam terakhir ditemui

Tenom: Seorang lagi mangsa bot karam berjaya ditemui di Kampung Saliwangan Batu 64,  Beaufort, di sini, pagi tadi.

Mangsa Joseph Sayah, 55, ditemui tersangkut di tebing sungai pada kira-kira jam 6.45 pagi orang awam sebelum melaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.52 pagi.

Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai kemudiannya dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu mengangkat mangsa.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati benar terdapat seorang mangsa lemas seperti yang dilaporkan pemanggil.

“Pasukan kemudiannya mengeluarkan mangsa yang tersangkut ditebing sungai menggunakan stratcher dan seterusnya menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Seorang lagi mangsa yang hilang iaitu kanak-kanak berusia 12 tahun berjaya ditemui di Batu 60, kira-kira 34 kilometer dari lokasi kejadian.

Terdahulu, dalam kejadian jam 4 petang, Rabu lalu, kedua-dua mangsa hilang menaiki bot bersama dua lagi mangsa terselamat di Sungai Padas, di sini, selepas memberi barangan keperluan di pekan Tenom.

Bot yang dinaiki dikatakan tiba-tiba terbalik disebabkan arus deras ketika cuba menyeberangi sungai berkenaan.

Dua mangsa iaitu seorang lelaki warga emas lelaki dan seorang wanita berjaya menyelamatkan diri manakala dua lagi mangsa hanyut sebelum hilang di bawa arus deras.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|