Mangsa dipercayai meninggal dunia lima hari lalu

Mangsa dipercayai meninggal dunia lima hari lalu

Kota Kinabalu: Wanita warga emas yang ditemui mati di dalam sebuah rumah di Flat Taman Kepayan Ridge, di sini, dianggarkan sudah meninggal dunia sejak lima hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata,
kejadian hanya disedari selepas jiran mangsa mengadu terdapat bau busuk dari rumah jirannya.

Mayat mangsa dibawa ke HQE I untuk proses bedah siasat dan tindakan selanjutnya. Pix Ihsan PDRM

Katanya, sebaik pintu berjaya dibuka, mangsa ditemui di dalam tandas dipercayai meninggal dunia ketika sedang mandi.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang bergerak menggunakan kerusi roda mempunyai pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis , darah tinggi dan menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth II (HQEII).

“Menurut jiran yang membuat laporan polis, mangsa juga tidak boleh berjalan dan hanya menggunakan kerusi roda,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, siasatan lanjut yang dijalankan juga mendapati mangsa berasal dari Pahang dan tinggal seorang di flat berkenaan sejak lebih 10 tahun.

“Mangsa juga dikatakan tidak mempunyai ahli keluarga yang tinggal di Sabah.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut (SDR),” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|