Lima lagi tahanan DTI masih diburu

Lima lagi tahanan DTI masih diburu

Papar: Dua daripada tujuh suspek yang melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Papar, di sini, semalam, berjaya ditahan, hari ini.

Penahanan itu menjadi keseluruhan seramai sembilan individu sudah ditahan manakala lima lagi masih bebas.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew AK Umpit berkata, sehingga hari ini sembilan tahanan telah dikesan dan ditangkap semula.

“Kini jumlah baki tahanan yang masih bolos seramai lima orang iaitu Nadzwin Usman, 24; Herman Bilau, 35; Husin Japar, 43; Pertama Lapanji, 40; dan Tuliang Maddalani, 35.

“Dua daripada suspek iaitu Pertama dan Tuliang telah dikesan melarikan diri dengan berenang ke laut dan usaha memburu giat dilakukan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sehubungan itu, Batholomew berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus dengan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar di talian 088-912222 dan talian hotline 088-916064.

Terdahulu, seramai 14 tahanan DTI warga Filipina dikatakan melarikan diri pada jam 3.30 pagi semalam dengan merosakkan bumbung tandas pusat tahanan dan memotong pagar.

Susulan kejadian itu, IPD Papar bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Unit Anjing Pengsan K9 dan Pasukan Polis Marin (PPM) melancarkan operasi mengesan semua suspek terbabit dan tujuh daripada 14 tahanan berjaya ditahan semula.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|