UMNO Sabah dekati anak-anak Sabah tinggal di Melaka

UMNO Sabah dekati anak-anak Sabah tinggal di Melaka

Melaka: UMNO Sabah hari ini mengadakan pertemuan dengan Persatuan Anak Sabah Melaka (RASMA) dalam usaha memperhebatkan usaha menarik undi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua Penerangan UMNO Sabah, merangkap Pengarah Operasi Jentera Umno Sabah PRN Melaka,Datuk Raime Unggi berkata, ia merupakan satu insiaitif daripada pihaknya memperhebat aktiviti jentera yang ‘berkampung’ di Bandar Bersejarah itu.

Jelasnya lagi, langkah itu adalah sebagai langkah berterusan pihak UMNO Sabah membantu calon bertanding dan dalam masa sama menyantuni anak-anak kelahiran negeri Sabah yang sudah bermaustatin di Melaka.

“Saya bersama Timbalan Pengarah Operasi, Datuk Jumat Idris bersama jentera rombongan lain terlibat secara langsung mengadakan dengan pertemuan bersama RASMA pada hari ini.

“Ini adalah sebahagian usaha pihak UMNO Sabah memperhebatkan gerakan membantu usaha menarik undi bagi calon BN dan dalam masa yang sama, kita membincangkan soal pengundi anak-anak Sabah yang sudah bermastautin di negeri ini.

“Untuk makluman, berdasarkan maklumat kita terima, terdapat seramai 4,235 anak-anak Melaka yang berada di Sabah sama ada berkerja atau tinggal di sini,” katanya.

Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November hadapan tarikh mengundi bagi PRN Melaka.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|