Melaka: Calon BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abd Halem menyantuni para pengundi dalam aktiviti menarik undi di sekitar kawasan DUN berkenaan hari ini.
Selain daripada merancakkan lagi aktiviti bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menjelang 20 November nanti, kehadiran calon BN dalam masa yang sama mempraktikkan budaya norma baharu selain mengedarkan pelitup muka kepada orang ramai.
Helmy berbual dengan penduduk kampung sekitar kawasan DUN.
Antara manifesto dibawakan calon BN yang juga Ketua Pemuda UMNO Kota Melaka bagi PRN kali ini adalah peningkatan ekonomi, pendidikan generasi baharu, fasiliti sosial dan kebajikan rakyat untuk DUN Duyong.
Helmy sempat menyantuni orang awam di sekitar kawasan DUN hari ini.
Selain itu, beliau turut menampilkan konsep 10 asas ‘Janji Helmy untuk #Duyongkita’ di antaranya adalah mewujudkan penjaja bertaraf bandaraya, pembangunan usahawan muda digital, memperkasa pembangunan ekonomi wanita, bantuan pengebumian untuk rakyat kawasan DUN tanpa mengira agama, dan perkasa bantuan kebajikan.
Mohd Noor dijangka menghadapi saingan enam penjuru dalam PRN Melaka kali ini.
-Deasoka