Lelaki warga asing miliki dadah ditahan

Lelaki warga asing miliki dadah ditahan

Lahad Datu: Pasukan Polis Marin (PPM) daerah ini berjaya menahan seorang lelaki warga asing dalam satu operasi di kawasan perairan Laut Lok Giam, di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu, Superintendan Gan Ping Sin berkata, suspek ditahan untuk pemeriksaan pada jam 12.30 tengahari.

“PPM menahan sebuah pump bot l dinaiki seorang lelaki yang tidak dikenali dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan awal mendapati lelaki terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Gan berkata, pemeriksaan lanjut menemui satu paket lutsinar berisi ketulan jernih yang dipercayai dadah jenis syabu berserta kepingan aluminium foil.

Katanya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek juga positif dadah jenis methamphetamine.

“Lelaki terbabit dan dadah yang dirampas kemudiannya diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Sehubungan itu, Gan berkata, PPM sentiasa menggalakkan semua masyarakat persisir pantai untuk memberikan kerjasama menyalurkan maklumat kepada PPM melalui aplikasi Whatsapp PPM Wilayah 4 Sabah di talian 013-9391197.

Katanya, orang ramai juga boleh berhubung terus ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu di talian 013-9808084.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|